Saturday, 19 January 2013

Berita baik untuk tukang-tukang MLM pada musim menuai padi


permandangan di sawah

Untuk pengetahuan semua musim menuai padi telah tiba. Tukang-tukang sawah di beberapa kawasan diutara tanah air tengah sibuk dengan kerja-kerja menuai padi. Padi yang dahulunya dijaga setiap hari, diracun bagi menghalau gondang emas serta dibaja untuk kesuburannya telah sedia untuk dituai.

Ini adalah permandangan paling enak di cerok-cerok kampung. Musim menuai padi adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh golongan kanak-kanak. Pada masa ini, mereka sibuk meraut-raut buluh untuk dibentuk menjadikan wau dan layang-layang. Apabila mesin padi sudah selesai menuai, mereka akan menaikkan wau dan layang-layang masing-masing.
meraut buluh

Wau dan layang-layang juga dimainkan oleh golongan dewasa. Cumanya mereka lebih advance. Mereka lebih suka untuk mengadakan perlombaan untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

Tapi amaran buat tukang-tukang sawah. Semua orang tahu bahawa sekejap lagi poket anda akan dipenuhi puluhan malahan ratusan ribu hasil jualan padi beratus-ratus relung. Anda mungkin jadi mangsa kepada penyamun, juga mangsa kepada penyamun terpelajar seperti penyangak MLM. Awas! Jangan sesekali tertipu.

Apa yang anda patut buat dengan duit itu?

1. Simpan untuk pengajian anak-anak.
2. Simpan untuk mengerjakan haji dan umrah.
3. Simpan juga sebahagiannya untuk perkahwinan anak-anak.
4. Beli tanah untuk diusahakan.
5. Infaqlah kepada kepada jalan kebaikan.
6. Bantu rakyat untuk menumbang dan menjahanamkan rejim Umno-BN.
7. Simpan juga untuk keperluan masa hadapan.
8. Mulakan perniagaan.
9. dan lain-lain yang dirasakan patut.

Tapi, sekali lagi amaran daripada saya "jangan tertipu dengan penyangak seperti tukang-tukang MLM". Juga hati-hati dengan penyangak yang bernama "Umno".

2 comments:

  1. aku anak sawah,
    biasanya pesawah majoriti orang PAS.
    tak terpedaya dengan jerat UMNGOK!

    ReplyDelete
  2. pasal tu la segala bentuk bantuan kerajaan ada CAP DACING.Benih padi cap dacing,baja cap dacing,racun bantuan cap dacing malah beras subsidi pun nama BERAS NASIONAL...he..he.Pesawah tetap tolak umno/bn....sebab rasuah banyak sangat..

    ReplyDelete